Penggunaan antarabangsa Kilometer

Hampir semua negara di dunia mempergunakan kilometer sebagai ukuran jarak piawai, khususnya dalam papan tanda rangkaian jalan raya untuk menunjukkan jarak ke bandar raya, bandar, kampung, subbandar, dan sebagainya. Amerika Syarikat yang menggunakan Sistem di Raja British kini beransur-ansur menukarkan papan-papan tanda jalan raya di banyak negerinya kepada Unit Sistem Antarabangsa. Kekecualian utama ialah United Kingdom yang tidak bertujuan untuk berbuat demikian pada masa jangka pendek, satu keputusan yang berasaskan tradisi. Selain daripada United Kingdom, hanya Liberia dan Myanmar masih menggunakan batu.

Berkaitan